Friday, November 23, 2012

Keputusan UPSR

Assalamualaikum dan Hi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah ke laman web saya ini. 19/11/2012 jatuh pada hari Isnin iaitu hari bersejarah bagi saya dan kawan saya . Keputusan Upsr . Ketika menunggu guru tiba,jantung saya begitu berdegup kencang . Beberapa jam kemudian guru datang dengan membawa slip keputusan Upsr . Saya sungguh cuak kerana tidak sanggup mahu melihat keputusan tersebut . Kalau anda nak tahu saya dapat berapa sila baca intri ini sehingga habis . Ramai yang cikgu cakap 3 orang yang dapat 5A . Maklumlah murid tahun 6 ada 49 orang saja lain lah sekolah lah beratus-ratus. Saya begitu cuak,lebih-lebih lagi Kak Ma atau Mashitah memanggil saya dan memberitahu saya "Tahniah ! " Saya dapat merasakan yang saya dapat 5A . Itu pasti tidak mustahil bukan ? Begitu juga Athirah kawan saya,Kak Ma juga memberitahunya sama seperti saya. Saya tahu yang Athirah pasti dapat 5A . Kedengaran suara Puan Diana yang menjerit "Pukul 12 nanti baru awak tahu keputusan awak semua " ---------------------------------------------------------- Saya malas sambung panjang sangat ini. Okay nak tahu saya dapat berapa ? Kak Ma cakap TAHNIAH . Bermakna saya dapat 5A ! Syukur alhamdulilah kerana Allah telah memakbulkan doa saya ini . SK DABONG love you ! #SKDlovers !

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen MU! Leave Your COMMENT!